oh, sudah banyak bermimpi rupanya aku kebelakangan ni. mimpi ini tak semua mimpi tidur, ya... kebelakangan ni mimpi siang hari. mimpi yang sebenarnya pancaran imej dari masa depan di bawa ke projektor otak aku (kawan aku bernama x-man dari masa depan tolong aku bab ni) ketika aku sedang beristerirehat di rumah.
masa depan yang tak begitu jauh itu menunjukkan bahawa filem 2012 tu ada betulnya, ia akan terjadi pada 2012. malaysia akan tenggelam 100% tapi melayu takkan hilang di dunia. persiapan seperti dalam filem tu sebenarnya takde langsung. masa tu semua manusia tiba2 bersatu bagai semuanya satu keluarga. tapi orang melayu umno tolong diri sendiri saja. mereka pastikan bagasi wang, cincin mereka, buku akaun luar negara mereka, gelang magnet mereka, dibawa bersama.
maka dengan berita terkini tersebut, aku ingin beri idea, tak kisahlah anda semua nak terima atau tidak, kepada yang bujang, tak perlulah fikir nak kawin. tak sempat kumpul duit pon. kepada yang dah kawin, tak payah la nak mengandung. tak sempat nak lari pon. kepada yang dah ada anak, tak payah fikir nak tambah. kepada yang nak akan hantar anak ke sekolah, tak payah hantar sekolah. ajar mereka hidup berdikari, survival skills, basic life skills lah.
bukan aku nak halang korang hidup normal, tapi kerana selepas 2012 tu, kehidupan normal adalah survival skills. bukan kena twit atau poke kat fb. memangla sekarang kalau tak twit tu macam orang zaman batu, macam aku la tak reti twit pon. ya, masa tu takde letrik pon, macam mana nak surfing bila elektrik takde wifi pon takleh pancar lah camne nak on komputer atau pon send mms? nak telefon pon semua pylon telekom runtuh. baru la gelabah camne nak misscall bf la, bff la yg ntah kat mana bagitau kau tersangkut kat tengah highway nak lari dari bencana.
well, 2012 tak jauh ye. sehingga harini cuba bagitau berapa gempa bumi seluruh dunia dah berlaku? 7kali. gunung berapi meletus? dah 4 kali seluruh dunia. ni baru setengah tahun 2011. berapa kali pula sampai hujung tahun? berapa banyak lagi tahun depan? kononnya malaysia selamat dari bencana kerana 'menjadi contoh kepada negara lain kerana mengamalkan perancangan dan pembangunan hijau' lebih baik dari negara lain maka tak kena bencana alam? tanah runtuh kat malaysia sehingga hari ni dah banyak juga ye, cuma yang betul2 tragis baru 1 kot. tapi janganlah kau semua fikir bukan2 yang kita tak kena gempa atau tsunami ye. gempa kat indon kita dah selalu rasa. tu gegaran kecil saja tau tak sampai 6skala richter pon. apa jadi kalau kuat macam di sendai 9.0 skala richter? memang goyang la kl.
mungkin rata2 kamu takkan percaya apa aku cakapkan, takpe, tengok la tauhn depan, aku akan post balik entri ni dan buat sticky. ingatan kepada kamu semua.
0 telepath:
Post a Comment